Gastrik ni adalah istilah yang digunakan bila seseorang mengalami sakit di bahagian pangkal perut (epigastric), berdekatan dengan injap sempadan yang menghubungkan perut dengan esofagus.

Gastrik ni sebenarnya merujuk kepada perut. Kalau sakit pada bahagian pangkal perut mungkin adalah gastrik ulcer, iaitu luka dalam perut atau gastritis iaitu inflamasi pada dinding perut. Atau mungkin juga gastritis, iaitu dinding perut berlaku inflamasi.

Gastrik berpunca dari ketidakseimbangan asid perut yang naik ke atas bahagian perut sehingga berlaku inflamasi pada bahagian mukosa. Lapisan mukosa ni sepatutnya menjaga perut dari terkena asid perut. Tapi, bila berlaku hyperacidity atau rembesan asid perut berlebihan, iritasi berlaku oada bahagian mukosa dan menyebabkan rasa sakit.

Kalau iritasi/keradangan pada lapisan mukosa tu teruk sebab terdedah kepada banyak asid perut, ia boleh menyebabkan gastric ulser. Sepatutnya dinding sel perut kita akan sentiasa berganti baru setiap 3 atau 4 hari untuk menahan kesan menghakis asid perut, tapi dalam keadaan dinding perut yang tercedera, proses tu terganggu. Jadi, masa ni bagus ambik antacid untuk neutralkan dulu asid perut tu.

Tak makan ikut waktu punca gastrik?

Mungkin ada yang menyangka tidak makan mengikut jadual menyebabkan masalah gastrik. Tapi, ada banyak faktor lain yang menyumbang kepada masalah gastrik.

  1. Makan makanan pedas. Makanan pedas lambat dan sukar dicerna, jadi perut akan meningkatkan rembesan asid untuk membantu cerna makanan.
  2. Banyak makan benda masam. Makanan masam boleh meningkatkan kesan asid pada perut.
  3. Makanan berlemak/berminyak. Makanan berlemak sukar untuk dihadam, jadi perut perlu merembeskan lebih asid untuk bantu penghadaman.
  4. Minum minuman berkafein seperti teh dan kopi
  5. Penggunaan ubatan NSAID (non steroidal anti inflammatory drug) yang berterusan dan terlalu kerap
  6. Stress. Apabila badan dalam keadaan stress, biasanya perut akan merembeskan asid dengan lebih banyak. Sebab tu ada orang yang rasa asyik nak makan je bila stress.
  7. Jangkitan bakteria H. Pylori. Bakteria ni boleh menyebabkan dinding perut menjadi luka (gastric ulser)
  8. Kurang/tidak bersenam


Apa yang harus dilakukan?

Dapatkan pemeriksaan dan rawatan daripada doktor untuk mengawal masalah gastrik anda. Apa pun, amalkan pemakanan yang baik dan amalkan gaya hidup sihat. Dari segi pengambilan vitamin pula, anda boleh ambil Set Gastrik yang saya cadangkan untuk bantu proses penyembuhan. Boleh klik SINI untuk tahu lebih lanjut.

(Visited 30 times, 1 visits today)