Hebat sungguh insan bergelar ibu ni, walaupun siang hari dah letih dengan tugas seharian dan melayan anak, malam waktu tidur pun, masih lagi bekerja menyusukan anak.

Menyusu anak nampak mudah, tapi hakikatnya badan ibu boleh letih apabila anak kerap menyusu pada waktu malam. Ye lah, menyusu ni guna kalori jugak kan.

InsyaAllah, berbaloi pengorbananmu ibu-ibu. Berbaloi kamu menahan letih malam-malam menyusu anak. Siang hari anak menangis nak dengan ibu je, dengan orang lain susah nye nak pegi. Sampai ada yang cakap baby yg breastfeeding tak friendly sebab nak dengan mak dia je.

Apa pun orang cakap, kita tahu kita sedang buat yg terbaik untuk baby kita. Ok. Irni.nak kongsikan faedah penyusuan susu ibu pada waktu malam. So lepas ni, kita akan rasa berbaloiii sangat-sangat tiap-tiap malam.bangun susukan anak.

Faedah Penyusuan Susu Ibu Pada Waktu Malam

1.  Bantu kekalkan kuantiti susu ibu dan elakkan masalah susu drop

Pada waktu malam, hormon prolaktin sangat tinggi. Hormon prolaktin ni adalah hormon yang bantu penghasilan susu ibu. Apabila hormon prolaktin tinggi, lebih banyak susu dihasilkan.

Apabila baby hisap susu, kilang susu akan hasilkan lebih banyak susu untuk ganti susu yg telah dihisap oleh baby. Kilang susu akan menjadi aktif dan dapat mengelakkan masalah susu drop bagi ibu.

2. Bantu tambahkan berat badan baby dengan cepat

Pada waktu malam, selalunya cuaca sejuk. Komposisi susu ibu sangat di custom made untuk anak kita. Apabila cuaca sejuk, susu akan jadi pekat dan banyak lemak baik untuk bantu hangatkan badan baby.

Jadi, bila baby menyusu pada waktu malam, baby akan mendapat susu yang pekat dan banyak lemak baik.

3. Bantu baby kenal siang dan malam

Baby pada awal kelahiran, dia tak dapat bezakan siang dan malam. Pada waktu malam, badan ibu akan mengeluarkan hormon melatonin. Jadi, baby pun akan dapat sama hormon melatonin dari badan ibu.

4. Bantu membantu kelancaran susu

Sedutan baby dapat mengeluarkan lelemak kristal yang mungkin terbentuk apabila ibu tidak mematuhi jadual pam susu 2/3 jam sekali. Sedutan baby dapat menyedut susu yg paling dalam dan ia nya tak sama dengan pam.

5. Baby dapat melepaskan rindu pada ibunya setelah seharian ditinggalkan

Bagi ibu bekerja, berjauhan dengan baby adalah salah satu perkara yg menyedihkan. Seharian ditinggalkan, jadi waktu malam lah baby ingin melepaskan kerinduan kepada ibunya.

Apabila baby menyusu pada waktu malam, secara tak langsung, dia akan rasa selesa dipeluk oleh ibunya semasa menyusu.

6. Bantu ibu berehat dengan tenang

Semasa penyusuan, hormon oksitoksin iaitu hormon yg boleh buat ibu rasa bahagia akan dirembeskan. Ibu boleh menyusu sambil baring supaya dapat rehatkan badan dan mengelakkan ibu berasa terlampau penat.

Tahniah kepada ibu-ibu semua. Sambil tidur pun masih menjalankan tanggungjawab seorang ibu 👏👏👏

 

Klik untuk baca Perlukah Ibu Menyusu Mengambil Suplemen

(Visited 211 times, 1 visits today)