Bersalin merupakan antara momen-momen indah sebagai seorang ibu. Tak kira lah bersalin secara normal atau ceaser, sakit bersalin tu terus tak terasa bila dapat tengok baby dan dengar baby menangis.

9 bulan kita bawak dia dalam perut ke sana ke mari, pastinya detik pertemuan dengan baby antara saat yang kita tunggu-tunggu. Tengok baby kali pertama, terus jatuh sayang 🙂

9 bulan bawak baby, 9 bulan jugak lah badan kita bekerja keras untuk menampung berat baby dalam rahim kita. Rahim kita mengembang berkali-kali ganda untuk menampung pembesaran baby. Badan kita dan tulang-tulang mengalami perubahan akibat perubahan hormon dan pembawakan baby.

Jadi, tak hairanlah ada ibu yang mula sakit pinggang selepas bersalin. Macam mana cara untuk menghilangkan sakit pinggang selepas bersalin?

Cara Hilangkan Sakit Pinggang Selepas Bersalin

1. Banyakkan berehat dan baring

Selepas bersalin, pastikan badan mendapat rehat yang cukup. Jika ada masa terluang, baringkanlah badan supaya tulang belakang kita tak terbeban dan dapat rehat. Jadi, kita dapat mengelakkan daripada sakit pinggang lepas bersalin.

2. Dapatkan urutan dan bertungku semasa dalam pantang

Untuk ibu yang bersalin secara normal, anda boleh lah dapatkan khidmat urut dan bertungku untuk lancarkan pengaliran darah dan lebutkan urat. Memang selesa sangat rasa lepas urut dan tungku ni.

Bertungku ni pun penting jugak untuk bantu kelancaran darah. Lagipun, orang lepas bersalin ni elok dengan benda-benda panas ni supaya darah dapat jalan dengan lancar dan elakkan darah dari tersumbat.

3. Elakkan membongkok semasa menyusu baby

Kalau ibu-ibu pilih postur duduk semasa menyusu, elakkan membongkok ke arah baby untuk menyusu. Sebaliknya, angkat baby kepada kita supaya kita tak perlu membongkok. Boleh guna bantal atau nursing pillow untuk menyokong baby semasa menyusu.

Jaga postur semasa menyusu supaya kita tak sakit pinggang. Duduk sandar supaya kita rasa selesa. Jika kita menyusu sambil baring, letakkan bantal peluk kat belakang, baru selesa sikit 🙂

4. Elakkan angkat benda berat

Lepas bersalin, harus lah kena pantang dan elakkan juga angkat benda berat. Pastikan benda paling berat yang kita angkat adalah baby kita tu je, hehe. Seeloknya, dapatkan pertolongan orang lain jika perlu mengangkat barang.

Tak pe lah orang nak kata kita ni malas ke, manja ke, yang penting badan kita, kita kena jaga.

5. Pakai bengkung yang sesuai

Pemakaian bengkung yang kemas dan selesa juga membantu mengurangkan sakit pinggang selepas bersalin. Pemakaian bengkung buat badan kita lebih kemas dan menjaga postur badan kita.

6. Elakkan makan makanan yang ‘bisa’

Antara makanan yang kita perlu pantang adalah laksa, pulut dan minuman sejuk. Makan makanan berkhasiat, seperti lauk yang tidak dimasak dengan minyak dan juga sayur. Boleh juga makan buah-buahan. Cuma kalau Irni, memang tak boleh makan buah tembikai lepas bersalin.

Teringat masa lepas bersalin baby hani, Irni makan buah tembikai, lepas tu terus kena rengat. Tapi, ada orang yang ok je makan tembikai. Lain orang, lain keadaan dia.

7. Dapatkan sumber kalsium yang cukup

Dapatkan sumber kalsium yang cukup terutama jika kita menyusukan baby. Irni sarankan supaya anda minum susu dan makan Ostematrix. Dalam Ostematrix ada kalsium, juga Vitamin D yang membantu penyerapan kalsium.

Dalam Ostematrix juga ada magnesium yang membantu merehatkan otot. Pengambilan Ostematrix membantu mengurangkan sakit pinggang lepas bersalin.

Jom tengok pengalaman ibu ni, apa yang dia buat untuk hilangkan sakit belakang dia tu.

Sakit Tulang Belakang & Lenguh2 Badan Buat Ibu Ini RImas, Sampailah…. from iReach HD on Vimeo.

Buat anda yang tercari-cari vitamin terbaik untuk berpantang dan menyusu, boleh klik kat SINI ye.

Untuk dapatkan Ostematrix, boleh klik link ni, atau boleh hubungi Irni terus ye!

Bagaimana untuk mendapatkan produk Shaklee?

Hubungi saya,

Irni Suhana Muhamad

014 515 7141

irnisuhana@gmail.com

Pengedar Sah Shaklee

Area COD: Jeli, Kok Lanas, Machang, Kota Bharu dan kawasan sekitar Kelantan

Pos ke seluruh Malaysia

Dapatkan konsultasi ekslusif produk secara berterusan setelah anda membuat pembelian produk Shaklee melalui saya

(Visited 8,109 times, 1 visits today)