Hari ni Irni nak share cara guna apps contraction timer. Contraction timer ni kita gunakan untuk tengok pattern contraction mengandung. Semasa mengandung,  kita juga akan dapat rasa contraction palsu,  iaitu Braxton Hicks Contraction.

Beza Braxton Hicks Contraction dan contraction bersalin adalah beza sela masa antara contraction tu. Contraction boleh jadi perut jadi mengeras dan pinggang jadi sakit. Sakit contraction ni sekejap je,  nanti dia akan hilang,  cuma sela masa antara dua contraction tu yg akan berubah.

Kalau contraction bersalin,  sela masa antara contraction tu tetap, dan akan jadi makin pendek. Contoh,  setiap 10 minit rasa contraction, lepas 10 minit rasa lagi contraction,  lama-lama sela masa tu makin pendek. Lepas tu dah jadi setiap 5 minit pulak ke sakit tu datang.

Kalau contraction palsu,  sela masa antara 2 contraction tak tetap. Mungkin mula-mula setiap 10 minit,  kemudian setiap sejam. Sela masa tu tak konsisten.

Sebelum Irni bersalin,  Irni dah siap2 install contraction timer tu. Bila kita rasa sakit,  kita tekan start. Bila sakit tu dah berhenti, kita tekan stop. Bila rasa sakit balik,  tekan start balik.

Lepas tu,  tengok pattern dia macam mana. Jom kita study result contraction timer Irni sebelum bersalin hari tu untuk mudahkan korang analyze result korang nanti.

Sela masa hampir sama, 12-14 minit. Bila sakit,  tekan start tu,  dah hilang sakit,  tekan stop. Yang gap 6 dan 7 minit tu sebenarnya Irni tersilap tekan, sebenarnya gap masa yang tu 13 minit.

Sela masa dah makin kurang. Antara 6-7 minit. Kena cepat-cepat pergi hospital. Dah dekat sangat nak bersalin tu.

Yang last sekali tu gap sampai 17 minit sebab ada yang Irni tak tekan timer tu. Masa tu dah tak tahan sangat sakit. Irni masa tu dk rehat2 dalam bilik, dah tak tahan sangat sakit,  keluar pergi ruang tamu mintak husband tlg picit pinggang. Lepas tu baru kalut nak pegi hospital..

Sebenarnya masa tu Irni dk confuse,  konsisten ke tak sakit contraction ni. So,  kalau korang install apps ni,  pastikan korang boleh analyze ye. Heee

Lepas husband tengok kita macam dah sakit sangat,  dia terus ajak pegi hospital. Yang column paling kiri tu,  adalah waktu jam masa tu. Duration tu waktu sakit contraction tu datang, lama mana kita rasa sakit tu. Interval tu pulak, gap masa antara 2 sakit contraction tu.

Yg masa Irni tu,  masa tu dah pukul 2.20 pm,  husband ajak g hospital, tapi masa tu tak solat zuhur lagi. Ingatkan lambat lagi nak bersalin,  gagahkan lah diri dulu ambik air semayang dan solat.

Masa tu dah tak boleh solat sambil berdiri dah. Solat pun duduk atas kerusi. Dah siap solat, baru lah pegi hospital. Nasib baik lah,  hospital dekat,  tak sampai 5 minit dah sampai.

Alhamdulillah pukul 3.05pm tu dah bersalin. So,  sape2 yang tengah tunggu masa bersalin tu,  jangan lupa install apps ni kat play store,  dan analyze baik2 ye. Kalau confuse,  pegi je hospital 🙂

(Visited 11,871 times, 1 visits today)