Dulu Irni takut jugak nak try perancang jenis IUCD ni. Macam-macam la cerita yang kita dengar dan macam-macam lah yang bermain di fikiran kan. Tapi, bila Irni study, perancang jenis IUCD ni paling kurang risiko sebab dia tak kacau hormon badan. Sebelum ni Irni dah penah makan pil perancang dan cucuk depo. Irni tak boleh makan pil perancang sebab kadang-kadang lupa nak bawak balik kampung. Lagipun weekend kitorang selalu balik kampung.

Yang jenis cucuk pulak, Irni rasa tak serasi dengan Irni dan dia kacau waktu period. Masa mula-mula kena cucuk depo, period tersangat banyak sampai malam kena bangun 2-3x tukar pad walaupun dah pakai pad overnight. Period kali ke2 pulak, sikit sangat la pulak periodnya, tak sampai sehari, macam spotting gitu je sampai Irni risau takut pregnant ke.

So, semalam Irni dah berjaya pakai perancang jenis IUCD and I am so proud of myself sebab berjaya serah diri untuk pakai. hehe. So, lepas ni, InsyaAllah tak payah risau anak jarak dekat sangat. Walaupun percentage tu ada, tapi sekurang-kurangnya kita usaha untuk jarakkan kelahiran supaya dapat bagi tumpuan sebaiknya untuk anak. Irni sekarang ada 4 orang anak selepas 3x bersalin. Anak sulung Irni kembar.

Pengalaman Pakai Perancang Jenis IUCD atau IUD

Soalan pertama yang ibu-ibu selalu tertanya, sakit tak masa pasang IUCD?

Jawapan Irni,tak sakit. Rasa kurang selesa sikit tapi seriously tak sakit pun. Sebelum ni Irni ingatkan sakit, rupanya tak de la sakit pun cuma masa doktor buat prosedur memang la rasa nervous jugak.

Irni guna IUCD jenis Nova T tu. Kecik je alatnya. Irni pasang IUCD kat Klinik Adilla Kota Bharu. Alhamdulillah, doktor sangat baik dan skillful, so sepanjang proses, tak rasa sakit. Dan, sebelum doktor buat prosedur, doktor terangkan dulu apa yang dia akan buat, jadi kita rasa lebih bersedia dan tak rasa takut sangat. Prosesnya pun tak lama.

Mula-mula, doktor buat scan dulu untuk pastikan kita tak mengandung dan untuk melihat kedudukan rahim. Kemudian, doktor suruh kita pergi ke bilik prosedur. Masa ni memang rasa macam nak lari sebab takut. Irni nak bagi tips kat ibu-ibu, kalau rasa nervous masa ni, cuba buat teknik pernafasan. Tarik nafas, biar kembung di perut, bukan bahagian dada yg naik.

Teknik pernafasan ni adalah pernafasan fitrah, macam cara baby bernafas. Biar udara tu masuk ke dalam perut, kemudian hembuskan. Ulang beberapa kali biar kita rasa rileks. Kemudian senyum dan cakap Alhamdulillah sebab Allah permudahkan doktor untuk masukkan alat perancang jenis iucd ni, Alhamdulillah Allah bagi proses ni kejap dan smooth, Alhamdulillah Allah bagi tak rasa sakit pun.

Bila kita cakap macam tu, memang kita rasa rileks. Masa ni doktor dan nurse tengah prepare barang, masa kita sorang-sorang tu, sempat la buat relaxation. InsyaAllah proses akan jadi mudah dan smooth bila kita rileks. Masa Irni pasang semalam pun, doktor cakap mudah nak masukkan. Apapun, semuanya sebab Allah permudahkan dan ditambah pulak doktor tu memang berpengalaman kan.

Dah selesai semua, kita dah boleh terus balik. Irni tanya doktor, ada pantang larang apa-apa ke? Doktor cakap tak de pantang larang apa-apa. Lepas pasang IUCD, doktor scan sekali lagi untuk check kedudukan IUCD tu. Dah siap pasang IUCD tu, Irni boleh drive sendiri balik. Lagipun husband keje, sebab tu Irni datang sendiri je. Lepas pasang tu, rasa la jugak sakit perut rasa macam sakit perut nak period. Tapi sakit biasa je, tak de la sakit sangat.

Nanti 2 minggu lagi, doktor bagi apoimen untuk scan tengok kedudukan IUCD tu. Untuk ibu-ibu yang ingin cuba kaedah perancang jenis IUCD tu, jangan takut, tak sakit pun. Ni Irni sertakan link klinik yang Irni pegi. Klik SINI. Klinik ni kat Kelantan tau. Orang Kelantan boleh la pasang kat sini. Sebenarnya kat Klinik Kesihatan pun boleh pasang. Pasang la kat mana-mana yang selesa. Kalau kat Klinik Adilla ni charge dia RM200.00.

Bagi sesiapa yang nak produk Shaklee pulak, boleh contact Irni. Vitamin untuk ibu-ibu maintain ceria dan cantik ada, vitamin untuk anak-anak pun ada. Boleh contact Irni ye 🙂

Irni 014 515 7141

(Visited 3,163 times, 1 visits today)