Jom kita baca perkongsian dari Dr Najihah, mak anak 6 yang menggunakan Set Kehamilan dan Set Berpantang Shaklee.

TESTIMONI 014 : DR. NAJIHAH ABDUL MUTALIB

Assalamulaikum. Saya nak kongsikan kisah benar saya menggunakan Set Kehamilan dan Set Berpantang Shaklee.

Saya sekarang adalah ibu kepada 6 orang anak berusia antara 5 bulan hingga 11 tahun termasuk sepasang kembar yang berusia 9 tahun. Saya mula kenal Shaklee pada penghujung tahun 2011 sebelum hamil anak ke-5. Saya mengambil keputusan untuk mencuba Set Kehamilan Shaklee apabila saya disahkan hamil anak ke-5 dan lepas bersalin saya teruskan dengan Set Berpantang Shaklee.

 


Dr Najihah menggunakan Set Hamil dan Set Berpantang jenama lain semasa 3 kehamilan pertama.
Saya ada beberapa pengalaman yang kurang enak dan mungkin juga agak ngeri bagi sesetengah orang ketika hamil dan berpantangkan anak sulung, kedua & ketiga (kembar) serta anak ke-4. Sepanjang kehamilan dan berpantang keempat-empat anak ini saya amalkan set hamil dan berpantang jenama lain (jenama yang sama untuk 3 kali kehamilan ini)
Beliau alami pengalaman ngeri semasa mengandung dan berpantang kerana alami sembelit teruk yang menyebabkan masalah buasir.
Dr Najihah mengalami pengalaman ngeri sembelit teruk semasa berpantang sampai menangis-nangis. Yang paling teruk, sembelit teruk menyebabkan beliau jadi buasir.
.
Pengalaman yang paling ketara dan saya ingat sampai sekarang ialah sewaktu hamil saya mengalami sembelit yang teruk. Sampai menangis-nangis dalam tandas setiap kali nak membuang air besar. Kadang-kadang sampai berlaku pendarahan. Keadaan ini menyebabkan saya rasa takut nak membuang air besar yang menjadi penyebab kepada terjadinya buasir. Buasir ini menjadi semakin kritikal selepas saya melahirkan anak-anak kembar dan ianya berlarutan sehingga dalam tempoh berpantang dan selepasnya.
Semasa mengandung, beliau kerap kejang kaki waktu tidur apabila kandungan menjengah 6 bulan.
Satu lagi masalah saya ialah selalu berlaku kejang kaki (krem) terutamanya apabila kandungan menjengah usia 6 bulan ke atas. Malam-malam waktu tidur selalu sangat kena sampai menangis-nangis menahan sakit. Suami saya lah yang selalu menjadi mangsa untuk meredakan kesakitan saya sewaktu sedang nyenyak tidur.
Ketika kehamilan ke 4, iaitu mengandung anak ke 5 (beliau ada anak kembar), pengalaman mengandung kali ni berbeza!
Alhamdulillah, setelah mengamalkan Set Kehamilan Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, Vitamin C, B Coplex, Ostematrix, ESP dan Omega Guard Shaklee ketika hamil anak ke-5 yang sekarang berusia 3 tahun, masalah utama sewaktu hamil dulu iaitu sembelit dan kejang kaki boleh dikatakan tidak berlaku langsung. Diri terasa cergas dan sihat sepanjang tempoh kehamilan.
Mengandung kali ke-5, beliau pilih Shaklee!
Atas sebab keyakinan itulah saya teruskan pengambilan Set Hamil & Berpantang Shaklee untuk anak ke-6 yang baru dilahirkan lebih 4 bulan lepas. Kali ini saya bersalin secara pembedahan disebabkan kedudukan bayi yang songsang sejak awal kehamilan sehingga saat nak melahirkan.
Alhamdulillah..saya sangat bersyukur dapat kenal dengan vitamin Shaklee dan dengan izin Allah jua tempoh kehamilan dan berpantang saya untuk 2 orang anak yang terakhir ini sangat menyeronokkan.

Apa nasihat Dr Najihah untuk ibu-ibu lain?

Dan saya amat menyarankan kepada para ibu yang ingin hamil supaya menjadikan Set Kehamilan dan Berpantang Shaklee sebagai satu keperluan dalam senarai barangan Kehamilan dan Bersalin anda! .

Jadi, tunggu apa lagi? Jom, dapatkan Set Kehamilan Shaklee ni ye. Untuk guna debit card atau credit card, anda boleh klik buy now kat bawah ni. Atau, anda juga boleh hubungi Irni.

 

 

Love,

Irni Suhana Muhamad

014 515 7141

irnisuhana@gmail.com

Pengedar Sah Shaklee

Area COD: Jeli, Kok Lanas, Machang dan kawasan sekitar Kelantan

 

.

.

.

 

(Visited 61 times, 1 visits today)