Cara Buat Pasport Buat Pertama Kali di Kelantan

Korang nak pegi oversea? Yes, kena buat pasport dulu k.. Irni sarankan korang buat dekat UTC. Irni pegi kat UTC Kota Bharu. Lokasi, belakang KB Mall. Boleh parking belakang KB Mall tu.

Irni bagi rate 5 stars untuk service kat sini. Tempat luas dan selesa. Staf semua baik dan mesra.

Apa yang perlu korang bawak untuk buat pasport?

Just bawak i/c dan duit RM200 untuk bayaran pasport. Tak perlu bawak salinan ic dan tak perlu bawak gambar pasport.

Kalau perempuan bertudung, pastikan pakai tudung warna gelap dan lelaki pakai baju warna gelap. Jangan pakai contact lens warna dan sape pakai spek kena bukak spek masa ambik gambar kat situ.

Ok, lepas dah settle ambik gambar, tunggu giliran untuk buat bayaran kat kaunter bayaran. Lepas 1 jam baru pasport siap. So, boleh g jalan-jalan kat KB Mall kat sebelah tu dulu. KB Mall dengan UTC ni bersambung tau, so boleh jalan je masuk.

Waktu operasi dia pulak:

Buka 8.30 pagi, tutup pada 9.00 malam. Waktu rehat pukul 7.00 petang hingga 8.00 malam. Kalau nak pergi lepas balik keje pun sempat lah. K, semoga bermanfaat ye.

Kalau nak check nama kita blacklist ke tak untuk ke luar negara, boleh install kat google store apps Senarai Semak Imigresen.

Love,

Irni Suhana Muhamad

014 515 7141

irnisuhana@gmail.com

Pengedar Sah Shaklee

Area COD: Jeli, Kok Lanas, Machang, Kota Bharu dan kawasan sekitar Kelantan

Pos ke seluruh Malaysia

(Visited 26 times, 1 visits today)

2 Replies to “Cara Buat Pasport Buat Pertama Kali di Kelantan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge