Tips Awet Muda Supaya Sentiasa Nampak Muda Dari Usia

Garis-garis halus pada tepi mata, dahi dan kulit menyebabkan kita nampak tua. Penuaan ni adalah proses normal, tapi kita mesti tak nak nampak tua dari usia kan? Kat sini, Irni nak kongsi 11 Tips Awet Muda dengan hanya mengubah gaya hidup kita!

1. Elakkan guna haba pada rambut

Selalunya ada orang yang guna haba, contohnya untuk meluruskan rambut, buat hair style, tapi sebenarnya guna kesan haba pada rambut boleh menyebabkan rambut kita mudah rosak.

Apabila rambut rosak, kita akan nampak tua dari usia sebenarnya. Jadi, seeloknya elakkan guna kaedah haba pada rambut.

2. Guna krim pelindung matahari pada muka

Kulit yang selalu terdedah pada matahari boleh cepat rosak. Kulit lagi mudah berkedut bila selalu terdedah kepada cahaya matahari. Jadi, jika kita pakai krim pelindung matahari, kulit kita akan terpelihara. Kulit akan menjadi lebih sihat.

3. Pakai losyen pada tangan

Kulit pada belakang tangan kita ni lebih nipis kalau nak dibandingkan dengan kulit pada bahagian badan lain. Jadi seeloknya, kita pakai losyen yang ada SPF supaya kulit kita terlindung daripada panas matahari.

4. Jaga kesihatan gigi

Gigi yang cantik dapat membuatkan kita nampak lebih muda. Tambah-tambah kalau gigi dah patah, lagi lah nampak tua kan?

5. Amalkan bersenam

Bila bersenam, darah akan mengalir dengan lancar. Kulit kita akan nampak lebih muda. Tambahan pula, kalau kita sentiasa bersenam, badan kita juga akan nampak cantik. Bila badan cantik, kita akan nampak lebih muda.

6. Kurangkan pengambilan garam

Makan makanan yang masin menyebabkan badan kita menyimpan lebih banyak air. Jadi, mata mudah nampak sembap. Mata yang sihat membuatkan kita lebih nampak muda.

7. Kurangkan penggunaan gajet

Perasan tak, bila kita asyik menunduk je, terdapat garis terbentuk pada leher kita. Bila terlalu kerap terjadi, garis pada leher tu jadi tak hilang. Garis pada leher membuatkan kita nampak lebih tua dari usia.

8. Makan makanan yang tinggi protein

Protein adalah komponen utama untuk membentuk sel. Pengambilan protein yang cukup membuatkan rambut dan kulit kita nampak lebih cantik.

9. Makan sayur dan buah-buahan

Sayur dan buah-buahan mengandungi banyak vitamin yang boleh membantu menyihatkan badan dan mencantikkan kulit. Saur dan buah-buahan juga kaya dengan serat yang membantu proses pencernaan.

Apabila proses pencernaan dapat berjalan lancar, toksin dapat disingkir keluar daripada badan. Apabila badan sihat, wajah dan badan kita akan nampak lebih muda.

10. Elakkan stress

Apabila kita stress, hormon tertentu akan dirembeskan dan boleh menyebabkan keradangan pada sel kita. Orang yang selalu stress, lebih mudah nampak tua. Jadi, kita hendaklah sentiasa berfikir positif dan elakkan diri daripada stress supaya sentiasa awet muda.

11. Dapatkan tidur yang cukup

Semasa kita tidur, badan kita menghasilkan lebih hormon estrogen dan progesteron. Hormon ni bantu cantikkan lagi kulit kita. Hormon ni jugak bantu elakkan jerawat pada muka.

Tidur yang cukup membantu sel badan kita unruk bertukar sel baru yang lebih baik dan cantik. JAdi, dapatkan tidur yang cukup ye supaya kita sentiasa cantik.

Jom kita tengok perkongsian 5 Tips Penjagaan Wajah bagaimana nak dapatkan kulit yang cantik.

Anda juga boleh mengambil supplement untuk mendapatkan wajah yang awet muda.

1.  Vivix

Vivix terbukti membuatkan anda muda 25tahun. Perasan tak, ada setengah orang, muka dia nampak tua sangat, tambah-tambah kalau orang tu sakit. Walaupun dia masih muda, tapi hakikatnya, sel dia dah tua. Jadi, makan Vivix bantu sel kita 25 tahun lebih muda.

Vivix mempunyai keupayaan untuk memperbaiki kerosakan DNA dan dia akan membetulkan kembali apa-apa kesalahan pada DNA. Jika DNA dapat berfungsi dengan baik, sel juga akan ikut sama dapat berkerja dengan baik.

Makan Vivix semestinya buat anda 25 tahun lebih muda.

Muka nampak kemerah-merahan.

2. Shaklee Collagen Powder

Kajian menunjukkan, makan Shaklee Collagen Powder selama 8 minggu  boleh meningkatkan 90% kelembapan kulit dan 55% meningkatkan keanjalan, ketegangan dan elastisi. Jadi, kalau ada part yang dah kendur tu, boleh kasi tegang balik dengan memakan Shaklee Colllagen Powder.

Kulit lebih cerah sekata setelah pengambilan Shaklee Collagen Powder

Jika anda berminat untuk mendapatkan Set Kulit Cantik & Awet Muda ini, anda boleh hubungi Irni ye. Boleh juga klik buy now kat bawah ni.

Love,

Irni Suhana Muhamad

014 515 7141

irnisuhana@gmail.com

Pengedar Sah Shaklee

Area COD: Jeli, Kok Lanas, Machang, Kota Bharu dan kawasan sekitar Kelantan

Pos ke seluruh Malaysia

(Visited 18 times, 1 visits today)

6 Replies to “Tips Awet Muda Supaya Sentiasa Nampak Muda Dari Usia”

    1. betul tu kak jaz..dk rase jarang main panas, tapi yang sebenar nye kena pakai sunblock jugak untuk halang dari sinar uv kan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge