Ada orang yang sibuk kerja sampai tak sempat nak makan kan..Boleh bayangkan tak, macam mana sibuk kerja, sampai nak makan, nak penuhi keperluan tubuh sendiri pun tak sempat. Kesian kan. Memang orang yang betul-betul terpilih je boleh kerja macam ni kan.

Irni teringat masa Irni bersalinkan si kembar di HRPZ dulu. Sebelum bersalin tu, Irni ada pre eclamsia. Jadi, kena induce bersalin dalam bilik khas di bawah pantauan doktor. Masa tu ada beberapa orang doktor dan misi yang monitor. Maklumlah, dah lah nak bersalin anak kembar, mak nye ni pulak ada pre eclamsia kan.

Alhamdulillah, lepas dah siap bersalin tu, semua dah selamat dalam pukul 4.40 petang. Irni kena bermalam dulu dalam labour room tu, maybe sebab tunggu keadaan betul-betul stabil baru boleh keluar. Baby pulak, misi letak kat luar, bila sampai time menyusu baru misi bawak masuk baby. Jadi, kita kat dalam bilik tu sorang-sorang la. Dah puas tidur, so kerja kita perhati orang je lah..hehe

Teringat Irni masa tu ada sorang misi dan doktor masuk. Ummi terdengar perbualan mereka, misi tu tanya doktor tu, doktor dah bukak puasa ke belum? Doktor tu cakap, belum lagi, tak sempat lagi nak bukak puasa. Irni tengok jam, Ya Allah, dah pukul 9 malam, doktor ni tak sempat nak bukak puasa lagi? Kesian sangat rase. Patient terlalu ramai sampai doktor nak bukak puasa pun tak sempat.

Kemudian, dalam pukul 11 malam, masuk lah pulak sorang doktor houseman datang nak ambik darah. Muka dia memang nampak penat sangat. Tapi, lepas tu, nampak muka dia lega sangat sebab dari jauh, urat tangan Irni dah boleh nampak, haha. Masa tu, sebelum bersalin, tangan jadi sembap, urat pun timbul lagi, memang obvious sangat, memang dari jauh dah boleh nampak.

Irni pun rasa lega lah jugak, at least dengan urat yang besar ni, tak de lah kita susahkan dia nak ambik darah kita kan..hehe..Dengan misi yang tak berhenti lalu lalang depan bilik. Bila keadaan nampak dah reda sikit, Irni tengok, misi tu sibuk menulis pulak dekat meja. Mungkin tulis report.

Tu baru semalaman Irni tidur kat labor room dan jadi pemerhati. Sampai dalam hati kita, ish tak sanggup aku nak kerja macam ni. Memang orang yang betul-betul terpilih, hati kental je yang boleh kerja macam ni. Tu baru kat labour room, kalau orang yang keje kat Jabatan Kecemasan, macam mana lah agaknya kan. Apa pun, Irni berterima kasih sangat kepada semua petugas kesihatan yang pernah Irni jumpa.

Ok, berbalik kepada Set Vitamin Untuk Orang Yang Sibuk ni, Irni rasa set vitamin ni boleh membantu mereka lebih cergas dan segar. Mungkin masa kerja, semua cergas, tapi bila dah habis, semua kepenatan dan badan pun terseksa sebab tak sempat nak makan dan minum dengan baik kan.

Dalam Set Vitamin Untuk Orang Yang Sibuk terdiri daripada:

1. Energizing Soy Protein (ESP)

ESP adalah sejenis minuman yang dieprbuat daripada soya non GMO. ESP mempunyai glisemik indeks yang rendah. Jadi, kita akan kenyang lebih lama dan tidak mendatangkan risiko kencing manis.

2. Performance Drink

Performance drink ni adalah air isotonik tanpa gas dan tanpa gula yang membahayakan. Minum performance drink untuk mengelakkan anda daripada dehydrated.

3. Cinch tea

Cinch tea ni pulak untuk mengelakkan mengantuk pada waktu bekerja. Kalau tak cukup tidur pun, badan tak terlampau letih sangat.

Berminat untuk mendapatkan Set Vitamin Untuk Orang Yang Sibuk ni? Boleh hubungi Irni atau klik je buy now kat bawah.

Bagaimana untuk mendapatkan produk shaklee?

Hubungi saya,

Irni Suhana Muhamad

014 515 7141

irnisuhana@gmail.com

Pengedar Sah Shaklee

Area COD: Jeli, Kok Lanas, Machang, Kota Bharu dan kawasan sekitar Kelantan

Pos ke seluruh Malaysia

KENAPA MESTI BELI PRODUK SHAKLEE DENGAN SAYA?

Dapatkan konsultasi ekslusif produk secara berterusan setelah anda membuat pembelian produk shaklee melalui saya.

(Visited 46 times, 1 visits today)