Ajal dan maut tu semua memang dah ditentukan oleh Allah. Namun, kita boleh berusaha untuk menjaga kesihatan sebaiknya bagi mengelakkan kematian mengejut akibat penyakit.

Salah satu penyebab kematian mengejut adalah disebabkan oleh serangan jantung. Banyak kes yang kita dengar, sebelum ni nampak sihat, tak de penyakit, namun tiba-tiba dikhabarkan meninggal akibat serangan jantung.

Yang lebih menakutkan, serangan jantung ni, tak mengira usia. Ada yang belum sampai 40-an sudah terkena serangan jantung. Dan, yang lebih haru lagi, bila anak-anak masih kecil dan meninggalkan isteri seorang diri. Namun, apa boleh buat, andai takdirnya begitu kan. Aturan Allah adalah yang terbaik.

Sebelum kejadian begini berlaku, jom kita tengok, apa faktor risiko yang boleh membawa kepada serangan jantung ini.

FAKTOR RISIKO YANG MEMBAWA KEPADA SERANGAN JANTUNG

  1. Merokok
  2. Kolesterol tinggi
  3. Darah tinggi
  4. Kencing manis
  5. Kurang bersenam dan gaya hidup yang tidak aktif (banyak kerja dalam pejabat)
  6. Selalu stress

Untuk mengelakkan kematian mengejut akibat serangan jantung, kita perlulah menjauhkan diri daripada faktor risiko tersebut. Jika merokok, berhentilah, jika kolesterol tinggi, ada penyakit darah tinggi dan kencing manis, ikutlah setiap rawatan daripada doktor supaya penyakit terkawal.

Kawal juga pemakanan kerana tiga penyakit ini banyak berkait dengan pemakanan. Selain itu, luangkanlah masa kita untuk membuat senaman. Tambah-tambah, kalau orang yang kerja di pejabat, banyak masa dihabiskan dengan duduk. Jadi, senaman sangat lah penting.

Elakkan juga stress kerana stress boleh menyebabkan keluar macam-macam hormon yang boleh memudaratkan kesihatan kita.

Sebut pasal pemakanan, musim raya ni, banyak betul hidangan dan juadah yang banyak lemak dihidangkan kan. Kalau tak makna, kang menyesal. Raya setahun sekali je 😛

Antara makanan semasa hari raya. Kebanyakan nya memang jenis berlemak dan kolesterol tinggi. Tu belum campur dengan biskut raya yang memang cukup lemak dan manis tu lagi. Pokoknya, memang semuanya tak elok untuk kesihatan, tapi ‘terpaksa’  di makan (sebab sedap sangat 😀 )

Open house sempena raya semestinya sentiasa ada. Kalau tak makan, nanti tuan rumah terasa hati pula. Hmm macam mana tu agak nya? Jadi, di sini, Irni nak kongsikan tips bagaimana nak jaga kesihatan semasa musim raya ni. Semoga bermanfaat!

TIPS KESIHATAN SEMASA RAYA

1. Pastikan bawak balik semua ubat yang perlu dimakan. Ubat kencing manis ke, darah tinggi ke, kolesterol ke, semua kena bawak balik. Dan, pastikan makan ubat mengikut jadual macam biasa.

2. Bagi yang belum pernah buat pemeriksaan kesihatan, elok jugak lah kalau buat pemeriksaan kesihatan. Kalau kita tahu kita ni ada penyakit, mungkin ada lah motivasi sikit untuk kawal pemakanan kan.

Kalau klinik kesihatan dah penuh, boleh lah cuba buat pemeriksaan kesihatan di klinik swasta. Sekarang dah banyak klinik swasta yang sediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan.

3. Kawal kuantiti makanan. Ambil sedikit sahaja makanan. Kalau kita tak de penyakit, mungkin ok lah sekali sekala makan hidangan raya, tapi kalau orang yang ada penyakit, tetap kena control pemakanan ye!

4. Jangan pergi beraya dengan perut kosong. Alas dulu perut sebelum keluar beraya. Perut yang lapar mendorong kita untuk makan macam-macam dan susah nak kawal selera makan.

5. Pilih untuk minum air kosong berbanding dengan air bikarbonat atau air manis

6. Makan buah-buahan dan fiber untuk mengelakkan sembelit

7. Peruntukkan masa untuk bersenam. Ye lah, kadar lemak dan gula yang masuk tu lebih dari hari biasa, jadi kena hati-hati ye. Bersenam untuk membantu pengaliran darah yang baik dan bakar kalori yang diambil tu.

Ha ni dari laman web KKM. Banyak tau kalori makanan kita tu!

Amalkan Formula 55555 (dari KKM)

Memandangkan banyak sangat lemak dan gula yang bakal masuk, mari lah kita sediakan bekal sikit untuk kesihatan diri kita. Di samping kita jaga pemakanan dan gaya hidup, jom lah kita ambik supplement sedikit untuk bantu kita lebih sihat. Biiznillah.

CADANGAN SUPPLEMENT SEMASA HARI RAYA

1. Phytocol ST

Menurunkan kolesterol secara semulajadi. Phytocol ST diperbuat daripada sterol dan stanol tumbuhan yang mana boleh didapati daripada buah, sayur dan bijirin. Phytocol ST membekalkan 2000mg sterol dan stanol atau dikenali sebagai fitosterol.

Jom kita lihat bagaimana Phytocol ST ini bertindak. Struktur fitosterol menyerupai kolesterol dan setelah pengambilan fitosterol, kurang kolesterol akan diserap masuk ke dalam salur darah. Kolesterol daripada makanan akan terus dibuang. Jadi, kurang lah kolesterol baru yang akan masuk ke dalam badan.

2. Omega Guard

Omega Guard mengandungi asid lemak omega 3 yang bagus untuk kesihatan jantung. Asid lemak omega 3 juga membantu meningkatkan kadar kolesterol baik dalam badan dan seterusnya, menurunkan kadar kolesterol badan.

3. Lecithin

Lecithin Shaklee dibuat dari bahan semulajadi, iaitu daripada soya. Lecithin juga dikenali sebagai pengemulsi semulajadi lemak kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak. Lemak yang kita makan tu, tidak akan melekat pada pada dinding membran dalam badan kita tu.

4. Vivix

Vivix mengandungi resveratrol yang membantu baik pulih DNA sel. Seperti yang kita tahu, DNA merupakan pusat pengawalan sel. DNA yang sihat akan menghasilkan sel yang lebih sihat. Dengan proses pembaikian semula DNA sel, badan akan jadi lebih sihat.

Vivix mempunyai sifat antioksida yang kuat. Vivix membantu melindungi salur darah daripada pengoksidaan. Vivix membantu salur darah kita lebih sihat.

Vivix bukan sahaja membantu salur darah dan juga sel-sel dalam badan kita makin sihat setelah pembaikan DNA, malah, Vivix terbukti dari segi klinikal boleh jadikan kita lebih bertenaga.

Kajian menunjukan pengambilan Vivix membantu meningkatkan bilangan mitokondria dalam sel. Mitokondria ni adalah pusat jana tenaga bagi sel. Bayangkan, kalau pusat untuk hasilkan tenaga semakin banyak,  pastinya badan kita juga akan lebih bertenaga.

Berminat untuk dapatkan vitamin kesihatan jantung sempena raya ni? Boleh klik buy now atau hubungi saya.

Bagaimana untuk mendapatkan produk shaklee?

Hubungi saya,

Irni Suhana Muhamad

014 515 7141

irnisuhana@gmail.com

Pengedar Sah Shaklee

Area COD: Jeli, Kok Lanas, Machang, Kota Bharu dan kawasan sekitar Kelantan

Pos ke seluruh Malaysia

(Visited 74 times, 1 visits today)