Tu lah yang bermain di fikiran Irni dulu. Kan orang dah kaji, buat susu formula, kenapa kita nak susah2 pam susu badan pulak. Kan susu tu memang customize untuk baby, mestilah susu tu selamat dan tak memudaratkan.

Lagipun, hosnestly, memang penat tau breastfeeding baby ni. Tambah-tambah, masa anak sulung dulu, Irni bersalin kembar. Nak susukan dua orang, memang penat sangat-sangat. Walaupun niat di hati nak bagi full breastfeeding kat diorang, sampai botol susu pun Irni tak beli tau sebelum bersalin tu.

Tapi, akhirnya, Irni tewas jugak. Irni campur jugak susu badan dengan susu formula. Memanglah, bagi susu formula kat anak bukannya satu dosa pun. Cuma, Irni rasa agak terkilan sebab tak dapat bagi yang terbaik untuk anak.

Susu ibu kan susu terbaik untuk anak. Susu tu dah di customize untuk anak kita kan. Lagipun, kalau cuaca panas, susu badan jadi lebih cair, kalau cuaca sejuk, susu jadi lebih pekat sikit kan. Special sangat kan kejadian yang Allah buat ni.

Susu ibu jugak mudah dihadam. Tak de lah kesian kat usus baby kecik tu nak hadam susu formula. Ada anak yang sampai jadi sembelit sebab minum susu formula..sob sob sob

Satu lagi yang Irni kesal kan adalah, bila Auni ni jenis angin. Perut dia mudah kembung. Amni pulak jadi sembelit. Try beberapa jenis susu, penerimaan si kembar ni lain-lain. Yang adik diorag jugak tak berjaya full breastfeeding jugak, sebab masa Hani setahun lebih, Irni dah pregnant lagi. Jadi, susu memang drop dan Hani pun dah refuse tak nak breastfeeding.

Hani pulak jenis tak minum susu putih, nak susu coklat je. Susu coklat ni manis lah sikit compare dengan susu putih kan. Pastu mula lah sembelit dan kulit dia pun nampak lebih sensitif. Kulit dia jadi mudah gatal-gatal padahal masa full breastfeeding dulu ok je.

Lagipun, dalam susu formula ada jugak added sugar kan. Bila Irni rasa susu anak, memang ada rasa manis sikit. Alahai kesian anakku, but I have no choice. Bila dah start bagi susu formula, memang tak leh stop dah.

Korang jangan salah faham pulak ye, bukan lah nak cakap bagi susu formula tu dosa, teruk ke apa, cuma Irni nak tekankan yang susu ibu adalah yang terbaik. Jadi, jom lah kita usaha untuk buat yang terbaik kat anak kita dengan bagi yang terbaik.

Walau susah macam mana pun kita nak susukan baby, kita kena kuat. Ya, cabaran memang banyak sangat nak bagi full breastfeeding kat baby. Tambah-tambah kalau kita ibu bekerja, nak kena pam susu lagi, nak kena pastikan stok susu cukup. Banyak masa nak guna nak pam susu. Badan pun jadi letih rasa.

Tambah-tambah kalau masa susu drop, dengan kita sekali rasa down, rasa frust. Tambah risau bila stok susu cukup-cukup makan je kan. Irni sendiri pun selalu terfikir nak tambah ngan susu formula je supaya kita tak stress sangat nak kumpul stok.

Namun, bila ingat balik impian kita nak bagi yang terbaik untuk anak, jadi kita pun gagahkalah jugak diri untuk pam susu kumpul stok. Jadi, ibu-ibu sekalian, kalau korang rasa give up, you are not alone!

Kita kena kuat demi anak kita. Jom refresh tengok apa kelebihan penyusuan susu ibu:

Kelebihan Penyusuan Susu Ibu

1.Susu ibu susu terbaik

Susu ibu kaya dengan antibodi untuk menguatkan badan baby. Baby juga tak de risiko sembelit dan alah dengan susu ibu.

2. Lebih banyak masa bersama

Apabila kita menyusu badan baby, sibuk macam mana pun kita, kita akan spend masa untuk bersama baby sebab baby nak menyusu. Lagipun, badan kita dan baby akan rapat ketika menyusu. Masa menyusu ni lah kita nak spend masa dengan baby. Lagipun nanti dia dah besar, tak dapat nak spend masa dengan dia macam ni dah.

3. Rasa lebih tenang

Perasan tak, kadang-kadang kita rasa macam penat sangat, tapi bila kita jumpa anak kita, terus hilang rasa penat tu. Bila kita susukan anak, rasa macam hilang semua masalah, dalam fikiran kita cuma ada anak kita tu.

Lagipun semasa kita menyusukan baby, hormon oksitosin, iaitu hormon gembira akan dirembes untuk menenangkan kita dan meningkatkan rasa kasih sayang terhadap ibu dan anak.

4. Jimat dan mudah

Yang jimat ni memang jimat sebab kita tak perlu nak spend duit beli susu formula. Tak perlu nak susah-susah survey susu mana yang bagus, susu mana yang banyak vitamin, susu mana yang tak sembelit dll.

Kalau baby nak bangun menyusu malam-malam pun, mak atau ayah tak perlu susah-susah bangun bubuh air panas ke. Mak boleh menyusu baby sambil baring je. Jadi, tak mengganggu sangat waktu tidur mak dan ayah baby.

5. Ibu lebih mudah untuk kuruskan badan

Apabila menyusu, kalori dalam badan akan dibakar. Jadi, untunglah ibu yang menyusu sebab sambil duduk pun boleh membakar kalori. Jadi, ibu-ibu boleh ambik peluang ni untuk cuba menguruskan badan dan mengembalikan berat badan ideal.

Happy breastfeeding mom. Never give up k. Jom kita support each other. Kalau boleh, elakkan campur dengan susu formula, nanti susu kita cepat kering sebab demand dah makin kurang kan. Lets fight together!

Kalau nak supplement sepanjang menyusu, boleh cuba Set Menyusu Shaklee ni ye. Kalau berminat dengan produk shaklee, boleh contact Irni ye.

Bagaimana untuk mendapatkan produk shaklee?

Hubungi saya,

Irni Suhana Muhamad

014 515 7141

irnisuhana@gmail.com

Pengedar Sah Shaklee

Area COD: Jeli, Kok Lanas, Machang, Kota Bharu dan kawasan sekitar Kelantan

Pos ke seluruh Malaysia

Dapatkan konsultasi ekslusif produk secara berterusan setelah anda membuat pembelian produk shaklee melalui saya

 

 

 

 

(Visited 140 times, 1 visits today)