Normal ke rambut gugur lepas bersalin ni? Selalunya dalam tempoh 3-9 bulan lepas bersalin,  rambut gugur makin banyak. Orang cakap,  bila anak pandai menyembur,  rambut mak akan gugur. Betul ke?

Apa penyebab rambut gugur lepas bersalin?

1. Perubahan hormon

Sebenarnya,  masa kita mengandung,  paras hormon estrogen adalah tinggi. Rambut akan tumbuh dengan sihat dan lebat.

Namun,  lepas kita dah bersalin,  paras hormon estrogen akan menurun. Paras hormon estrogen ni akan semakin menurun menyebabkan rambut mudah gugur.

2. Pemakanan yang tidak seimbang dan kekurangan vitamin

Pemakanan seimbang sangat pemting untuk jaga rambut kita,  malah untuk badan kita. Badan kita perlukan nutrien bagi mengekalkan fungsi badan yang baik.

Bila kita tidak mendapat vitamin yang cukup,  rambut juga tidak mendapat keperluan nutrien yang secukupnya menyebabkan ia mudah gugur.

2. Badan ibu tak cukup rehat dan ibu stress

Stress dan tak cukup rehat mungkin boleh jadi salah satu faktor yang lebih memburukkan keadaan.

Stress betul kan bila rambut asyik gugur. Yang lebih haru bila dalam pampes anak pun ada rambut kita yg gugur.. Huuuu

So,  bagaimana nak atasi rambut gugur ni?

Cara Atasi Rambut Gugur Lepas Bersalin

1. Potong rambut jadi pendek

Rambut pendek lagi mudah diurus dan sukar gugur berbanding rambut panjang. Lagipun kalau rambut pendek,  bila rambut gugur kat bantal ke, masa mandi ke,  tak lah obvious nampak macam rambut panjang.

2. Sikat rambut bila rambut dah kering

Kalau sikat rambut masa rambut masih basah,  rambut kita lagi mudah gugur

3. Elakkan guna pengering rambut

Elakkan guna pengering rambut untuk seketika kerana ia nya boleh memburukkan lagi keadaan.

4. Guna sikat yang sesuai

Guna sikat yang jenis jarang,  elakkan guna sikat yang jenis rapat tu.  Sikat yang jarang bantu elakkan rambut gugur lepas bersalin.

5. Minum air yang cukup

Minum air masak yang cukup juga penting untuk penjagaan rambut dan melembapkan kulit kepala.

6. Dapatkan nutrisi yang cukup

Makan makanan yang seimbang. Makan nasi,  makanan kaya protein,  sayur dan buah. Pemakanan yang seimbang pun bantu dapatkan rambut yang sihat.

7. Dapatkan supplement untuk lengkapkan keperluan nutrisi badan

Makan multivitamin,  protein dan zat besi untuk memastikan nutrien dapat sampai ke rambut.

Supplement untuk bantu kurangkan masalah rambut gugur adalah:

1. Vitalea with iron: sejenis multivitamin dilengkapi dengan zat besi.

2. B complex: vitamin B6 dan B12 membantu mengelakkan rambut gugur

3. Energizing Soy Protein (ESP) : ESP kaya dengan protein. Rambut dan kulit kepala dibuat dari protein. Protein yang cukup menguatkan rambut dan mempercepatkan pertumbuhan rambut.

Untuk dapatkan vitamin untuk membantu masalah kekurangan rambut ni,  boleh klik buy now kat bawah atau boleh hubungi Irni ye.

Bagaimana untuk mendapatkan produk Shaklee?

Hubungi saya,

Irni Suhana Muhamad

014 515 7141

irnisuhana@gmail.com

Pengedar Sah Shaklee

Area COD: Jeli, Kok Lanas, Machang, Kota Bharu dan kawasan sekitar Kelantan

Pos ke seluruh Malaysia

Dapatkan konsultasi ekslusif produk secara berterusan setelah anda membuat pembelian produk Shaklee melalui saya

 

(Visited 114 times, 1 visits today)