Sedar tak sedar,  dah hampir tahun 2018 kan. Pasti semua ada azam baru,  semangat berkobar-kobar nak tempuh tahun baru kan.

Apa kata,  kita buat vision board,  letak dalam bentuk gambar semua impian dan cita-cita kita. Tampal dekat kertas manila dan letak kat dinding,  tempat yang kita boleh selalu tengok.

Kalau kita tak biasa nak buat,  biasa la mula2 berlaku penolakan dalam diri kita. Jadi ke? Langgar syariat ke? Boleh ke?  Macam2 la.

Jom,  kita tengok,  kenapa kena ada vision board?

Kenapa Kena Ada Vision Board

1. Supaya kita kekal fokus

Vision board ibarat destinasi pada gps kita. Kita tahu ke mana kita nak tuju. Dengan adanya vision board juga dapat elakkan kita dari lalai,  buang masa tak tentu arah. Sebab,  kita tahu,  kita kena berusaha untuk capai matlamat dalam vision board kita tu.

Tak de la tiba2, eh dah malam,  eh dah tahun 2019? So, untuk bantu kita fokus,  kita perlu ada vision board kita.

2. Supaya kita tahu apa kita nak doa

Sape la kita ni tanpa rahmat Allah. Segalanya dengan bantuan Allah. Sedangkan kita sendiri pun tak mampu nak kawal sistem badan kita. Jantung sentiasa berdegup,  oksigen sentiasa masuk,  tanpa kita kawal pun,  semua nye dengan aturan Allah.

Macam tu jugak la dengan impian dan cita-cita kita. Biar Allah yang bantu kita,  kita cuma perlu doa dan usaha. Allah Maha Berkuasa,  Maha Besar,  Dia boleh buat ape je.

So,  kita kena sentiasa doa apa impian kita tu. Bila kita tahu apa kita nak doa,  kita boleh la spend masa lama-lama untuk doa kat Allah dan dekatkan diri kepada Allah.

3. Supaya kita tak down lama2

Biasa lah lumrah manusia ada ups and downs dalam hidup. Its normal to feel down. Tapi,  kita kena cepat2 bangkit dari rasa down tu supaya kita dapat capai matlamat kita.

Supaya kita tak kecewakan anak2 dan orang tersayang. Dan, kita tahu,  kita kena sentiasa move forward untuk capai segala impian kita tu.

Ok,  all the best to u all. Semoga semuanya success and be a better person.

Happy New Year in advance!

Love,

Irni

(Visited 50 times, 1 visits today)