5 Tips Turunkan Kolesterol Secara Semulajadi

Pemakanan sangat mempengaruhi tahap kesihatan kita. Makanan di Malaysia memang tidak dapat lari daripada kolesterol. Jadi, bagaimana nak turunkan kolesterol dalam darah?

Di sini Irni nak kongsikan tips turunkan kolesterol. Jika anda serius nak turunkan kolesterol, boleh baca tips turunkan kolesterol ini ye.

Tips Turunkan Kolesterol

  1. Makan makanan sihat

Pertama sekali, ubah apa yang kita makan. Jaga pemakanan seharian pastinya boleh mengurangkan kolesterol jahat dalam badan.

  • Pilih makanan yang mengandungi lemak sihat. Daging merah dan produk tenusu boleh juga meningkatkan kolesterol. Jadi, pilih daging yang ‘lean’ dan susu rendah lemak untuk pilihan yang lebih baik.
  • Elakkan pengambilan lemak trans kerana ia boleh meningkatkan kolesterol jahat dalam badan.Lemak trans banyak terdapat dalam┬áproduk komersial seperti biskut, kek dan snek. Jadi elakkan ambil makanan yang nampak biasa ni ye sebab dia boleh tinggikan kolesterol jahat dalam badan kita.
  • Makan makanan yang kaya dengan asid lemak omega 3. Asid lemak omega 3 meningkatkan kolesterol baik dalam badan dan akan mengurangkan kolesterol jahat. Sumber asid lemak omega 3 yang boleh diambil seperti ikan salmon, almond, walnut dan flaxseed.
  • Tingkatkan pengambilan fiber seperti mengambil oat, buah-buahan dan sayur-sayuran.

2. Bersenam

Bersenam dan banyakkan aktiviti fizikal jika anda tidak mempunyai masalah lain seperti masalah sendi. Kalau doktor kata anda tiada masalah untuk lakukan aktiviti fizikal, cuba lah bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Bukan je bantu turunkan berat, malah bantu badan anda lebih sihat.

3. Berhenti merokok

Berhenti merokok merupakan pilihan yang bijak. Bukan je bantu kawal paras kolesterol anda, malah bantu elakkan penyakit lain pada badan anda.

4. Dapatkan berat badan ideal

Turunkan berat badan 5-10% dapat turunkan kadar kolestrol jahat badan. Ikut cara hidup yang sihat dan turunkan berat badan dengan sihat, pastinya paras kolestrol anda juga akan menurun.

5. Tidak minum minuman beralkohol

Minum alkohol juga boleh memburukkan lagi keaadaan dan tidak membantu menurunkan kolesterol anda. Cara terbaik adalah, berhenti minum alkohol.

 

Namun, jika anda telah cuba semua tips ini, namun masih belum berjaya mengawal kolesterol, sebaiknya anda mendapatkan rawatan doktor.

Baca juga: TURUNKAN KOLESTEROL DENGAN SET KOLESTEROL SHAKLEE

Irni doakan semoga anda semua dikurniakan kesihatan yang baik.

Sekian.

Irni

SID 1085099

0145157141

(Visited 16 times, 1 visits today)

You May Also Like

About the Author: Irni Suhana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge