Seperti yang kita tahu,  susu ibu sangat bagus untuk bayi. Susu ibu sudah di custom made untuk anak kita,  tapi kenapa kita nak guna susu lain? Mungkin salah satu sebab adalah susu ibu kurang kan.

Irni faham perasaan tu,  sebab Irni pernah mengalami keadaan yang sama. Rasa kesian dekat anak sebab susu kita sikit,  takut anak lapar sebab tak cukup susu.

Kalau anda pun tengah cari jalan untuk teruskan perjuangan untuk tambah susu,  anda boleh tengok makanan yang boleh bantu banyakkan susu badan.

Makanan Banyakkan Susu Badan

1. Susu

Susu mengandungi kalsium. Susu badan kita juga kaya dengan kalsium. Jadi,  susu badan akan bertambah dengan pengambilan kalsium yang cukup.

2. Kurma

Kurma mengandungi karbohidrat ringkas yang bagus untuk ibu menyusu.

3. Lobak putih

Lobak putih ni adalah petua orang cina untuk banyakkan susu.

4. Makan banyak sayur

Makan sayur yang banyak buat kita dapat banyak vitamin dan bantu banyakkan susu badan.

5. Makan makanan yang kaya protein

Banyakkan makan lauk seperti ayam,  udang,  sotong untuk banyakkan susu.

6. Susu soya

Soya kaya dengan protein yang boleh bantu banyakkan susu. Pastikan ambik soya non gmo ye. Kalau yang dekat pasaraya tu,  mostly soya gmo,  so kena pilih2 la ye.

Tips Extra:

  • Pastikan minum banyak air suam
  • Kena ada konsep demand dan supply,  kalau susu sikit,  kena rajin pam susu untuk tingkatkan demand
  • Dapatkan rehat yang cukup dan elakkan stress

Semoga bermanfaat!

Baca juga: PERLUKAH IBU MENYUSU AMBIL SUPLEMEN?

Love,

Irni Suhana

Sid Shaklee 1085099

(Visited 45 times, 1 visits today)