Susu ibu sangat unik. Susu awal yang keluar sedikit cair dan apabila bayi terus menyusu,  susu yang lebih pekat akan keluar. Kalau anda pam susu,  anda akan nampak beza dia.

Masa mula-mula pam,  susu yang keluar adalah sedikit cair. Apabila diteruskan sehingga payudara kosong,  susu yang keluar makin pekat.

Susu yang cair tu –> Foremilk

Susu yang pekat tu –> Hindmilk

Susu Foremilk

Susu ibu disimpan dalam alveoli di payudara.  Susu yang berada di bahagian depan alveoli,  yang akan keluar dulu tu adalah susu foremilk.

Foremilk ni cair, kalau nak banding dengan hindmilk yang sedikit kebiruan warna dia. Susu foremilk kaya dengan karbohidrat, protein dan vitamin yang sangat penting untuk tumbesaran bayi.

Susu Hindmilk

Susu ibu disimpan dalam alveoli di payudara. Susu hindmilk kaya dengan kalori dan mempunyai peratusan lemak sihat yang tinggi. Susu hindmilk ni nampak pekat dan sedikit kebiruan.

Kenapa ada perbezaan pada kandungan dan kepekatan susu foremilk dan hindmilk?

Terdapat globule lemak pada bahagian belakang alveoli. Alveoli ni adalah satu sel untuk menghasilkan susu. Semasa penyusuan, kandungan lemak pada susu akan semakin bertambah apabila globul lemak mula dilepaskan.

Semakin lama bayi menyusu,  susu ibu menjadi semakin pekat kerana kandungan lemak semakin meningkat.

Susu foremilk mengandungi kandungan laktosa yang tinggi yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga dan membantu perkembangan otak serta bantu hilangkan dahaga.

Susu hindmilk pula penting untuk perkembangan sihat bayi dan buat bayi rasa kenyang serta tidur dengan lena.

Ok,  nanti Irni akan cerita apa akan jadi jika bayi mendapat kandungan foremilk dan hindmilk yang tak seimbang.

Love,

Irni Suhana Muhamad

SID shaklee 1085099

0145157141

(Visited 175 times, 1 visits today)