8 PUNCA SUSU IBU KURANG & CARA PENYELESAIAN

Jom kita kenalpasti kenapa susu menjadi kurang?

1. Supply and demand susu tidak banyak

Jumlah susu yang akan dihasilkan oleh kelenjar susu adalah bergantung kepada demand atau permintaan dari kita. Apa maksud permintaan dari kita ni?

Permintaan dari kita ni, maksudnya kalau anak banyak menyusu, maksudnya permintaannya banyak lah. Kalau anak kita hanya menyusu sedikit, otak akan menghantar signal supaya kalenjar susu mengurangkan penghasilan susu.

Penyelesaian: Beri susu badan setiap kali anak hendak menyusu. Jika anak tak banyak menyusu, pam susu dan simpan untuk kegunaan apabila kita tidak berada bersama baby. Mengepam susu sangat penting supaya otak kita tahu, kita perlukan susu yang banyak.

2. Cara menyusu yang salah

Pernah dengar tak, orang tua-tua kata, susu dari ibu sebelah payudara adalah nasi, sebelah lagi air. Jadi, perlu selang selikan semasa bayi menyusu. Tapi, kalau ikut kajian, tidak ada yang berbeza kandungan susu sebelah kanan dan kiri. Kandungan susunya sama, cuma setiap payudara membekalkan susu yang berbeza kandungan dan kepekatan, iaitu hindmilk dan foremilk.

Penyelesaian: Berikan susu ibu melalui payudara kanan. Bila susu di payudara kanan sudah kosong, barulah tukar kepada payudara kiri. Apabila payudara sudah dikosongkan, otak akan mengahantar signal kepada kelenjar susu untuk menghasilkan susu bagi memenuhkan payudara yang sudah kehabisan susu.

Tips: sentiasa kosongkan payudara, terutama sewaktu mengepam. InsyaAllah susu anda akan semakin bertambah.

3. Pengambilan ubat-ubatan

Terdapat ubat-ubatan atau pil perancang yang boleh menyebabkan susu ibu berkurang.

Penyelesaian: Bincang dengan doktor jenis ubat yang boleh diambil bagi wanita menyusu. Kenalpasti juga ubat yang tidak boleh diambil semasa menyusukan anak.

4. Ibu yang stress

Kalau ibu stress, penghasilan susu boleh berkurang tau. Contohnya, apabila ibu sudah mula bekerja, ibu akan mula stress dengan kerja, stress dengan jalan jem, bila balik rumah dah penat. Keadaan ni boleh menyumbang kepada pengurangan penghasilan susu.

Penyelesaian: Suami boleh memainkan peranan penting dengan membantu isteri membuat kerja rumah dan sentiasa menggembirakan hati isteri. apa salahnya suami gembirakan hati isteri, anak dia jugak yang kita tengah susukan tu kan 🙂 Isteri ni, kalau suami buat dia happy, kalau suami suruh buat apa, semua dia akan buat, betul tak? 🙂

5. Ibu kurang minum air

Air adalah antara komponen terpenting dalam air susu.

Penyelesaian: Ibu perlu banyakkan minum air masak supaya penghasilan susu lebih banyak.

6. Ibu kurang sihat

Bila ibu tak sihat, badan ibu penat, penghasilan air susu juga akan berkurang.

Penyelesaian: Ibu perlu menjaga kesihatan dengan baik. Amalkan tabiat hidup yang baik. Ibu perlu makan makanan seimbang, dan tidak merokok.

7. Ibu ragu-ragu tentang penyusuan susu ibu

Ada ibu-ibu yang ragu tentang kebaikan susu ibu. Ada yang kata anaknya tak cukup susu. Ada yang kata susu dia tak cukup untuk anak. Ada yang fikir baby dia perlu susu formula.

Ingat ye, pemikiran negatif boleh mempengaruhi sistem badan kita. Bila kita asyik fikir susu kita tak cukup, susu tu memang akan jadi tak cukup.

Sebab otak akan signal kepada kalenjar susu supaya kurangkan penghasilan susu, supaya apa yang kita bagi signal kat otak tu akan jadi betul-betul. Ingat, semuanya bermula dengan mindset.

Penyelesaian: Sentiasa fikir positif. Sentiasa cari ilmu tentang penyusuan. Dengan adanya ilmu, kita akan lebih yakin dengan apa yang kita buat. Yakinlah, susu ibu adalah susu terbaik.

Lagipun, kalau anak minum susu formula, poo poo dia jadi busuk tau. Belum terlambat untuk kita teruskan balik penyusuan susu ibu. Ingat, fikir positif, dan tambahkan ilmu untuk menambah semula susu yang makin sikit tu, ok? Mom, you are the best!

8. Ibu kenalkan susu formula kepada anak

Ini adalah kemuncaknya. Bila ibu dah start bagi susu formula kat anak, dengan automatiknya, demand kepada susu ibu telah berkurang. Anak tak perlu menyusu dengan ibu sebab anak dah kenyang dengan susu formula.

Kalau anda nak tahu, susu formula ni sukar dihadam, sebab tu anak akan kenyang lama. Tapi, kesian usus anak kita tu. Baru berapa bulan, dah nak kena kerja keras hadam susu formula. Tu belum masuk anak sembelit sebab susu tak sesuai. Kesian anak. Ibu, sebolehnya, kita cuba elak ye.

Penyelesaian: Usahakan beri susu ibu kepada anak at least sehingga anak umur 6 bulan. Labur sikit untuk beli pam susu yang bagus. Pam susu yang paling baik adalah yang jenis double pump boleh pam kedua-dua payudara serentak dan susu yang dapat lebih banyak berbanding dengan guna single pump.

Untuk ibu-ibu sekalian, jangan stress. Irni sangat memahami perasaan anda kalau susu anda sekarang dah makin berkurang. Sebab Irni sendiri pernah mengalaminya.

Apa yang kita boleh buat? Kita cuba fikir positif, kita cari ilmu tentang penyusuan, kita cuba dapatkan sokongan suami.

Irni doakan semoga Allah permudahkan perjalanan penyusuan kita semua. Semoga usaha kita yang sedikit ini menjadi saham kita diakhirat kelak.

Semoga kesusahan kita hari ini diberi kesenangan oleh Allah di akhirat nanti. You are awesome mommy!

Dan, bear in mind, bagi susu formula kat anak bukanlah satu dosa, cuma kita ingin berikan susu terbaik untuk mereka.

Irni 0145157141

(Visited 2 times, 1 visits today)