Bila sebut pasal jeragat, memang biasa sangat jeragat ni naik terutama bagi wanita yg meningkat usia. Jeragat memang tak bahaya tapi bila jeragat ada kat muka, memang rasa tak selesa kan sebab tompok hitam pada muka tu rasa macam boleh jejaskan penampilan.

Jom tengok apa yg menyebabkan jeragat boleh naik kat muka.

Punca Jeragat

  • Keturunan

Keturunan pun boleh sebabkan jeragat jugak tau. Kalau mak jenis ada jeragat, kita ni dari muda lagi kena jaga, kena ambik prevention elak jeragat.

  • Usia

Bila usia dah nak masuk 30an jeragat mula naik kat muka. Sebab bila kita dah masuk umur 20an, sebenar nya penghasilan kolagen dah berkurang. Jadi, bila kita dah umur 30an, jeragat mula timbul.

  • Cahaya Matahari

Yg ni antara penyebab utama jugak jeragat ni. Bila kulit kena cahaya matahari, sel kulit kita jadi mudah rosak dan sebabkan berlakunya bintik hitam kat muka.

  • Perubahan hormon

Perubahan hormon dalam badan macam masa mengandung, menyusu, makan pil perancang dan menopause turut menyumbang kepada naik nye jeragat kat muka.

  • Penggunaan alat solek dan skincare berkualiti rendah

Penggunaan alat solek dan skincare yang mempunyai bahan kimia boleh menyebabkan jeragat untuk jangka masa panjang.

  • Stress

Bila stress, hormon dalam badan kita turut berubah. Sebab tu stress pun boleh menyumbang kepada pertumbuhan jeragat ni.

  • Terdedah kepada pencemaran alam sekitar

Bila kita banyak terdedah kepada pencemaran, banyak radikal bebas dan toksin pada persekitaran kita. Radikal bebas dan toksin ini juga boleh menyebabkan kerosakan kulit.

Next, nanti Irni share apa yg boleh bantu elak jeragat.

🔷🔷🔷🔷🔷🔷

Jom follow page FIT SIHAT CANTIK LOVERS untuk lebih info jeragat.

(Visited 2 times, 1 visits today)