Irni nak share perkongsian dari Neelofa dalam satu program pada tahun 2014. Irni ada tengok kat Youtube dan Irni rasa apa yg Neelofa share kan tu menarik dan boleh kita amalkan.

4 perkara yg perlu dibuat sebelum tidur

1. Maafkan semua orang. Sebelum tidur, maafkan semua orang. Mungkin kadang2 kita rasa susah nak maafkan semua orang. Tapi, its ok, fake it till u make it. Setiap hari cuba maafkan semua orang.

2. Solat isyak dulu sebelum tidur. Penat macam mana pun, sebelum tidur kena solat dulu.

3. Spend masa 3 minit untuk berbual dengan Allah. Cerita kat Allah apa yg jadi pada kita hari tu. Ibarat nye kalau kita tengah bercinta, sebelum tidur mesti nak call atau whatsapp boyfriend dulu kan. So, kita spend masa kita untuk bercerita kat Allah. Kalau kita selalu communicate dengan seseorang, kita akan jadi rapat dengan orang tu kan. Bila kita selalu bercerita kat Allah, kita akan selalu ingat Allah dan terasa betapa dekatnya Allah dengan kita.

4. Selesaikan benda besar

Apa jadi kalau ditakdirkan kita mati esok? Apa yg perlu kita selesaikan sebelum kita mati? Tulislah wasiat sebelum kita tidur. Yg ni boleh ingatkan kita bahawa kematian itu sangat dekat dan boleh datang pada bila2 masa je.

 

Semoga kita semua mendapat manfaat

(Visited 36 times, 1 visits today)