Assalamualaikum. Tiada yang lebih besar dari kuasa Allah. Siapalah kita untuk melawan segala takdir Allah. Baru-baru ini negara kita digemparkan dengan penularan corona virus atau COVID 19. Virus ini tersangat mudah menjangkiti orang lain tanpa kita sedari. Yang bahaya nya, pembawa virus ini kadang-kadang tak sedar pun mereka membawa virus kerana tiada sebarang simptom atau hanya simptom ringan dan mereka sendiri tidak menyangka mereka menjadi pembawa virus ini.

Banyak kes dilaporkan setiap hari dan boleh membawa kebimbangan. Apa yang anda perlu lakukan jika anda risau anda terkena COVID19 atau tidak. Pertama sekali, cuba jawab soalan di bawah.

  1. Adakah anda mengalami gejala demam? Suhu badan melebihi 37.5 darjah celcius?
  2. Adakah anda mengalami kesukaran bernafas kebelakangan ini? Contohnya sesak nafas, sukar untuk menghembus atau menarik nafas.
  3. Adakah anda mengalami masalah batuk kebelakangan ini?
  4. Adakah anda mengalami masalah sakit tekak kebelakangan ini?
  5. Dalam tempoh 2 minggu lepas, adakah anda telah berkunjung ke kawasan berisiko tinggi COVID19? Contohnya China, Macau, Taiwan, Hong Kong, Korea Selatan, Iran, Jepun, Denmark, Itali atau Amerika Syarikat?
  6. Pernahkah anda berhubung rapat dengan seseorang yang pasti sudah dijangkiti COVID 19? Berhubung rapat ni macam tinggal serumah, melancong bersama atau rakan sekerja di ruangan pejabat yang sama

 

Jika anda tiada sejarah ke luar negara atau tiada berhubung rapat dengan orang yang positif COVID 19, anda boleh memantau dahulu simptom anda. Jika berlarutan, boleh dapatkan pemeriksaan doktor, Pastikan anda pakai mask semasa keluar. Jika tidak, seeloknya anda self kuarantin kat rumah.

Amalkan juga gaya hidup sihat.Kurangkan gula dalam pemakanan seharian untuk elakkan badan menjadi lebih stress. Amalkan senaman ringan di rumah kerana senaman juga bagus untuk sistem imun badan. Ambil juga supplemen yang boleh bantu kuatkan imun badan. Nak vitamin yang terbukti boleh kuatkan imun badan? Klik SINI ok. Take care ye.

(Visited 23 times, 1 visits today)