Sebenarnya kisah ni dah lama, pada tahun 2012. Kami kahwin pada bulan Oktober 2012 dan lepas kahwin, Irni terus bunting pelamin. Masa tu, Irni kerja kat Sarawak dan suami pulak kerja kat Kelantan. Lepas kahwin tu, tengok-tengok dah tak period. Sebelum tahu mengandung, Irni dah start rasa tak lalu makan, asyik letih.

Dekat Sarawak kan waktu maghrib awal, selalunya tak sempat tunggu isyak, dah tertidur dah sebab rasa macam penat sangat-sangat. Sampaikan Irni sendiri pun rasa pelik, kenapa lah aku ni penat sangat, padahal kerja tak de lah penat sangat pun.

Masa balik Semenanjung tu, Irni try buat pregnancy test sebab period dah lewat seminggu. YaAllah, 2 line! Memang happy rasa, tapi rasa macam tak percaya pun ada! Irni pun tak tahu Irni ready ke tak nak mengandung memandangkan masa tu kitorang dok jauh kan.

Lepas tu, bermula lah episod alahan mengandung dan tak lalu makan. Bila makan muntah, dan memang tiap-tiap hari muntah. Dan, tiap-tiap hari jugak lah menangis..hehe.. Bila badan dah penat muntah-muntah, mula lah kita rasa nak nangis kan. Ye lah, suami dok jauh pulak, lagi lah sedih, sob sob sob.

Masa mula-mula buat buku mengandung, Irni ajak kawan teman. Ye lah, first time kan, kita pun takut rasa. Masa bukak buku, memang ambik masa lama, sampai tertidur kawan Irni tunggu kat luar. Terima kasih sahabatku yang baik!

Syukur jugak, sebab masa tu Irni duduk dengan tuan rumah, mak cik Iban Muslim. Dia selalu masakkan bekal untuk Irni pergi kerja, sebab masa tu Irni tak boleh makan makanan kat luar. Mungkin dia pun kesian kot kat kita. Sampai kita pun naik segan sebab dia selalu bekalkan makanan kat kita..hehe.

Makan makanan dari rumah, at least boleh masuk sikit, tapi selalunya lepas makan, muntah balik. Masa Irni mengandung 4 bulan, baru lah Irni tahu, rupanya Irni mengandung kembar. Patut lah alahan mengandung nya lain macam!

Masa mengandung 6 bulan lebih pulak, ha, dia buat perangai lagi, tak boleh makan Iberet (vitamin ibu mengandung) pulak. Dah lah Irni ni jenis hb low. Masa tu, kalau makan Iberet, Irni akan muntah-muntah sampai lah keluar ‘sarung’ iberet tu. Iberet tu nampak macam tak de sarung kan, mungkin kulit dia lah kot?

Setiap kali makan Iberet, memang akan muntah sampai keluar sarung baru lega. So, terpaksa stop Iberet sebab dah tak tahan nak muntah. Rasanya kalau kumpul semua air mata, cukup kot sebaldi..haha 😛

Lepas tu, ada sorang kawan yang kerja sama-sama suggest ambik vitamin ibu mengandung shaklee. Dia cakap, cuba Puan ambik vitamin shaklee, mana tahu ok. So, Irni pun cuba lah makan. Masa tu, Irni ambik Vitalea, Vita C, B complex dan Ostematrix. Nampak macam banyak nak telan, tapi tak pe lah, kita try je lah kan.

Alhamdulillah, ok je nak telan banyak-banyak. Dan, magic sangat rasa tau, bila makan vitamin shaklee, terus kurang alahan tu. Bila kurang muntah-muntah, kuranglah menangis. Macam berkadar langsung gitu..hehe..Sebab tu, Irni jatuh cinta dengan vitamin Shaklee. Memang Irni rasa berterima kasih sangat dengan kawan yang kenalkan vitamin shaklee tu kat Irni.

Rasa macam, kenapa akak tak suggest awal-awal lagi vitamin ni kat saya, tak de lah saya tersiksa muntah-muntah macam ni..huk3. Hb pun dah mula naik bila makan vitamin shaklee. Masa mengandung 32 minggu, Irni ambik unpaid leave, sebab untuk multiple pregnancy, boleh naik flight sampai 32 minggu je. Nak tak nak, memang kena cuti awal.

Tapi, seronok lah jugak kan, sebulan lebih boleh lepak-lepak kat kampung. Tiap-tiap hari boleh makan makanan yang kita suka. Masa tu, Irni suka makan buah jambu dan minum air kelapa. Masa kat Sarawak tu, susah lah sikit nak dapat, sebab kita takde transport kan. Tak kan lah tiap-tiap hari nak mintak kawan tolong beli..hehe..Tapi, kawan-kawan pun memang baik sangat, kalau diorang pegi pasaraya, kalau ada buah jambu, Irni akan kirim lah kat diorang.

Bila balik kampung tu, tiap-tiap hari, memang tak miss minum air kelapa. Buah jambu tu pun selalu jugak beli. Lagipun, kat tepi jalan pun banyak jual buah jambu potong tu kan. Memang seronok sangat. Bila dah balik semenanjung, terus lupa dah kat vitamin shaklee..lagipun, masa tu pun dah 8 bulan, tak de alahan sangat. Akibatnya, ha hb pun low.

Bahaya tau, ibu mengandung kalau hb low. Masa Irni bersalin kembar, Irni sampai tumpah darah (PPH) sebab hb tak berapa cantik. Lepas tu, makan Shaklee on off, dan start konsisten balik masa mengandung baby Hani.

Alhamdulillah, tak de lah rasa penat sangat badan walaupun asyik muntah. Air mata pun tak de lah sebaldi keluar. haha. Untuk ibu-ibu yang PJJ dengan suami, anda semua kuat! InsyaAllah pasti ada hikmah nya. Boleh tengok 5 Tips Kekal Tenang Semasa Hamil Walau Suami Jauh kat SINI.

si kembar masa baru lepas lahir

umur berapa bulan masa ni ye..bam bam sangat dua2 ni

beza muka Irni masa mengandung kali pertama dan ke dua hehe

Happy pregnancy!

(Visited 2,524 times, 1 visits today)