Orang yg ada masalah kulit kering mudah nampak kusam pada muka. Walaupun make up, kulit susah nak naik seri. Jom kita tengok apa punca masalah kulit kering ni.

Punca Masalah Kulit Kering

  • Kurang pengambilan sayur dan buah

Pengambilan sayur dan buah yg cukup bantu cukupkan keperluan vitamin badan. Kulit wajah yg kekurangan zat vitamin dan mineral akan kelihatan kering dan tidak bermaya.

  • Kerap mencuci muka dengan sabun

Cuci muka 2-3x sahaja sehari. Kalau tak, kulit mudah dehidrasi dan jadi lebih kering.

  • Kurang minum air masak

Minum air yg mencukupi sangat penting supaya pengaliran darah lancar dan kulit tidak dehidrasi.

  • Salah pilih produk penjagaan kulit

Produk yg kita guna untuk cuci muka, krim siang, krim malam, toner, semua nye boleh pengaruhi kulit kita. Kalau guna produk yg mengandungi merkuri boleh sebabkan kulit jadi nipis dan mudah kering.

Jadi macam mana cara merawat kulit kering?

Cara Rawat Masalah Kulit Kering

  • Pemakanan seimbang

Makan sayur dan buah dengan cukup supaya badan dapat vitamin yg cukup.

  • Minum air masak secukupnya

Air masak membantu tubuh kita menyerap vitamin terhadap kulit kita.

  • Pakai toner

Fungsi toner juga adalah untuk menghidratkan kulit. Pilih toner yg sesuai dengan jenis kulit.

  • Pakai krim pelembap

Pakai pelembap pada waktu siang supaya kulit sentiasa lembap terutama pada cuaca panas dan jika berada dalam bilik berekon

  • Pakai krim malam

Jika anda tidur dalam bilik berekon, pakai krim malam macam dah jatuh tahap wajib. Bila bilik ada ekon, udara jadi kering. Jadi, anda perlu pakai krim malam supaya kulit tidak kering semasa tidur.

  • Pilih produk bebas merkuri

Big no untuk produk yg ada merkuri. Cantik nye cuma seketika, sengsaranya berpanjangan. Pilih produk yg selamat ye!

Hubungi Irni untuk dapatkan produk yg sesuai untuk kulit kering. Irni boleh suggest vitamin dan skincare yg sesuai. Hubungi Irni 014-5157141

(Visited 18 times, 1 visits today)