Saiz perut bayi berbeza mengikut umurnya. Masa mula-mula lahir,  anggaran perut baby hanyalah sebesar buah ceri atau hanya perlukan sesudu teh lebih susu pada satu masa.

Jadi,  ibu tak perlu terlalu risau jika tak banyak susu yang dihasilkan semasa awal bersalin.  Susu akan menjadi semakin banyak apabila baby mula menghisap susu dari payudara.

Tips Banyakkan Susu Lepas Bersalin

1. Check keadaan payudara sebelum bersalin

Ada orang yang jenis puting tenggelam, jadi semasa mengandung, dalam 8 bulan macam tu,  dah boleh start tarik puting supaya keluar.

2. Bagi baby menyusu direct dari payudara

Sejurus selepas bersalin,  terus susukan baby direct dari payudara untuk merangsang penghasilan susu. Apabila baby menghisap dari payudara,  secara automatik signal akan dihantar ke otak untuk menghasilkan susu.

Kalau nampak macam susu keluar sikit je,  its ok,  teruskan cuba suruh baby hisap susu tu. Lagipun susu semasa baru lepas bersalin memang pekat. Ia dipanggil kolostrum.

3. Belajar teknik penyusuan yang betul

Teori dan praktikal sememangnya tak sama.  Mungkin kita dah khatam dari segi teori semasa mengandung lagi,  tapi bila dah bersalin,  kita tak pasti teknik kita tu betul atau salah.

Jadi, lepas bersalin, dapatkan penerangan daripada misi dan suruh dia tengok,  teknik kita tu betul atau salah. Penyusuan dengan teknik yang betul membantu untuk merangsang pengeluaran susu.

4. Jangan stress

Stress boleh menyebabkan susu susah nak keluar. Bagi Irni, tak salah kalau ibu nak standby susu formula kalau takut tak de susu keluar. Cuma, kalau nak bagi, bagi dengan sudu, jangan sesekali guna botol sebab takut baby confuse puting pulak. Sambil tu, ibu boleh lah cuba picit payudara dengan tangan guna teknik marmet untuk rangsang pengeluaran susu.

5.  Mengurut lepas bersalin

Kalau dah keluar hospital, boleh lah dapatkan khidmat tukang urut untuk buaat urutan badan dan payudara. Ibu-ibu juga boleh bertungku. Tungku dan urutan sangat membantu untuk merangsang pengeluaran susu. Pengalaman Irni menggunakan pakej lepas bersalin dari spa Aisya Humaira, Kelantan, memang susu banyak sangat keluar lepas bertungku dan mengurut.

6. Makan makanan yang merangsang pengeluaran susu

Ibu-ibu jugak boleh mengambil makanan yang menggalakkan pengeluaran susu seperti lobak putih, kurma, susu, lobak merah dan oat. Banyakkan juga minum air suam.

7. Jaga pemakanan semasa mengandung

Semasa mengandung lagi, kita kena jaga pemakanan kita. Dapatkan nutrisi secukupnya semasa mengandung. Elakkan mengambil makanan rapu dan tak berkhasiat. Banyakkan makan sayur dan pilih makanan sihat. Makan jugak vitamin semasa mengandung. Untuk vitamin ibu mengandung terbaik, boleh klik SINI

Jom tengok video pengalaman ibu ini menyusu bayi pramatang selepas bersalin, apa yang beliau buat sampai berjaya menyusu bayi pramatang walaupun mula-mula tiada susu.

Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Klik SINI untuk Set Bersalin Banyakkan Susu, boleh terus makan lepas bersalin.

Bagaimana untuk mendapatkan produk shaklee?

Hubungi saya,

Irni Suhana Muhamad

014 515 7141

irnisuhana@gmail.com

Pengedar Sah Shaklee

Area COD: Jeli, Kok Lanas, Machang, Kota Bharu dan kawasan sekitar Kelantan

Pos ke seluruh Malaysia

Dapatkan konsultasi ekslusif produk secara berterusan setelah anda membuat pembelian produk shaklee melalui saya.

(Visited 2,211 times, 1 visits today)